Soalan Lazim (FAQs)
Dapatkan Jawapan yang Anda Perlukan Di Sini
1. Adakah produk anda tulen atau compatible?
Kami menawarkan pelbagai pilihan alat ganti asli, OEM (Original Equipment Manufacturer), dan compatible. Setiap produk akan dinyatakan jenisnya dengan jelas, supaya anda boleh membuat pilihan yang tepat.
2. Bagaimana saya boleh memastikan sesuatu alat ganti sesuai dengan peranti saya?
Maklumat lanjut akan disediakan pada setiap halaman produk. Jika anda tidak pasti dengan sebarang info yang diberi, kami bersedia membantu anda dengan cadangan yang sesuai.
3. Adakah produk anda disertakan dengan jaminan?
Ya, kebanyakan produk disertakan jaminan terhad. Sila rujuk kepada penerangan produk masing-masing untuk terma dan liputan jaminan.
4. Apakah anggaran masa penghantaran?
Penghantaran biasanya mengambil masa 1–3 hari bekerja untuk Semenanjung Malaysia dan 3–5 hari bekerja untuk Sabah & Sarawak. Untuk pesanan berkuantiti besar, masa tambahan mungkin akan diperlukan.
5. Bolehkah saya memulangkan barang jika ia tidak berfungsi?
Ya, pemulangan diterima mengikut polisi pemulangan kami. Barang MESTI belum digunakan dan dipulangkan dalam pembungkusan ASAL dalam tempoh yang ditetapkan.
6. Adakah anda menawarkan perkhidmatan pemasangan?
Perkhidmatan pemasangan hanya disediakan di ibu pejabat kami. Sila hubungi kami untuk pengaturan masa.
7. Adakah anda menawarkan pembelian secara borong atau peluang untuk menjadi pengedar?
Ya, sila layari halaman “Jadi Pengedar Kami” untuk maklumat lanjut mengenai harga borong dan peluang kerjasama.
8. Apakah tempoh penyediaan untuk pesanan kuantiti besar?
Bagi pesanan kuantiti besar, tempoh penyediaan biasanya antara 2–5 hari bekerja, tertakluk kepada ketersediaan stok.
9. Bolehkah saya menyemak stok produk secara masa nyata?
Ya, pengedar berdaftar boleh mengakses maklumat stok secara masa nyata melalui platform kami. Anda juga boleh menghubungi wakil jualan kami untuk maklumat terkini.